Melayu mempunyai banyak amalan-amalan. Antaranya adalah gotong-royong yang akan saya ceritakan.
Amalan bergotong-royong bermaksud membuat sesuatu kerja secara bersama-sama, iaitu secara tolong-menolong dan bantu-membantu. Amalan bergotong-royong menjadi amalan masyarakat Melayu sejak berabad yang lalu terutamanya masyarakat Melayu di kampung-kampung yang kaya dengan adat bermasyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat bandar.
Ini kerana masyarakat bandar tidak mempunyai masa untuk terlibat dalam amalan tersebut.
Amalan ini biasanya diadakan bila adanya majlis-majlis seperti kenduri, pekahwinan, membuat rumah, menanam dan menuai padi dan juga sekiranya ada kematian.
Walaupun sedemikian, amalan gotong-royong bukan sahaja terhad kepada masyarakat luar sahaja. Malahan ia juga boleh diamalkan di kalangan masyarakat pelajar. Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan seperti persatuan, perbincangan, bersukan dan sebagainya. Program yang dirancang akan berjalan tanpa gangguan kerana ia telah dirancang dengan begitu teliti, hasil daripada sikap bergotong-royong yang diamalkan oleh ahli-ahlinya. Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.
Amalan bergotong-royong yang diamalkan dalam perbincangan juga akan menguntung para pelajar. Para pelajar akan bekerjasama menyediakan bahan-bahan untuk sesi perbincangan, hasilnya perbincangan tersebut akan berjalan lancar. Pengetahuan tentang tajuk yang dibincangkan juga akan betambah kerana setiap pelajar akan berusaha untuk mencari isi-isi penting yang boleh dibincangkan.
Dengan itu, saya ingin mengalakkan masyarakat kampung, bandar dan para pelajar bagi meneruskan amalan bergotong-royong. Kita adalah orang Melayu dan harus meneruskan amalan-amalan, bukan sahaja ini, bagi selamanya kerana kita adalah warga Melayu. Jika bukan kita, siapa lagi?
Ello every1
ReplyDelete